TATABAHASA

Ayat Tunggal

a. Ayat Penyata
   i. ayat penyata ialah ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu
  ii. ayat penyata dikenali juga sebagai ayat berita atau ayat keterangan
      Contoh: Ibu saya seorang guru.

b. Ayat Tanya
   i. ayat yang digunakan untuk menyatakan sesuatu hal, perkara, tempat, benda, manusia, dan  sebagainya
      Contoh: Siapakah nama awak

c. Ayat Perintah
    i. Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, meminta, seseorang melakukan sesuatu
       Contoh: Tolong senyap !

d. Ayat Seru
    i. ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, terkejut, sakit dan sebagainya
       Contoh; Aduh, sakitnya kepalaku !

Jenis-jenis Bahasa

 Simpulan Bahasa

 Langgar Bahasa
- bercakap dengan menggunakan bahasa yang kasar
- tingkah laku atau kelakuan yang tidak sopan atau melanggar adat

Batu Loncatan
 - sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati


Perumpamaan

Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
 -hanya mementingkan diri sendiri

Bagai kumbang putus tali
- amat cepat terlepas daripada sengsara

Seperti kera kena belacan
- tidak suka duduk diam

Seperti tikus jatuh di beras
- memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka

Bagai si kudung mendapat cincin
- orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh

Pepatah

Ditelan mati emak, diluahkan mati bapa
- susah dipilih kerana kedua-dua pilihan sama penting

Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi
- mendapat sesuatu yang diingini

Bidalan 

Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
 - jika ingin hidup mewah mestilah berusaha

Belum duduk sudah berlunjur
- belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira

Berjagung-jagung dahulu sebelum menantikan padi masak
- membuat kerja sambilan semntara mendapat pekerjaan yang tetap

Berkaul pada keramat
- meminta sesuatu hendaklah kena pada tempatnya

Bertanjak baharu tinjau
- membuat kerja mengikut peraturan


 

Followers